fbpx
Tangkap layar kejadian khianat yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras pada 6 November tahun lalu.

Video tular khianat kereta rupanya kes lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis mengesahkan video tular memaparkan kejadian khianat terhadap sebuah kereta di Bandar Mahkota Cheras di sini sebenarnya merupakan insiden lama yang berlaku tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi 51 saat yang dimuat naik di aplikasi Threads itu mula tular pada pukul 3 petang tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku pada 6 November 2025 kira-kira pukul 1 pagi di hadapan sebuah restoran di Jalan Temenggung, Bandar Mahkota Cheras.

“Insiden tersebut melibatkan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berwarna putih.

“Pemilik kenderaan telah membuat laporan polis pada hari sama kira-kira pukul 6.51 petang. Tiada kecederaan dilaporkan dan hanya melibatkan kerosakan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak polis telah mengambil tindakan susulan berhubung kejadian tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan semula video berkenaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan sedemikian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN