fbpx
Trump sedang mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri daripada NATO. - Getty Images

Trump pertimbang tarik diri daripada NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menggegarkan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini apabila beliau dengan tegas mencadangkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri daripada pakatan tentera transatlantik itu, lapor laman berita Politico.

“Saya mengatakan bahawa (ia) tidak boleh dipertimbangkan semula,” kata Trump kepada akhbar Telegraph, apabila ditanya sama ada beliau akan berfikir dua kali tentang keahlian AS dalam pakatan itu selepas konflik Asia Barat tamat.

Sekutu NATO telah menimbulkan kemarahan Trump dengan secara sebulat suara menentang penyertaan AS dan serangan ke atas Iran, serta menolak seruan daripada presiden itu agar mereka membantu membuka semula Selat Hormuz. Ia merupakan laluan air tenaga kritikal yang telah disekat oleh Tehran sebagai tindak balas atas pengeboman AS.

“Saya tidak pernah terpengaruh oleh NATO. Saya sentiasa tahu mereka adalah lemah, dan (Presiden Russia, Vladimir Putin) Putin juga tahu itu,” tambah Trump.

Kenyataannya diterbitkan beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata bahawa Washington mungkin perlu mempertimbangkan semula hubungannya dengan NATO sebaik sahaja perang menentang Iran tamat.

Ia sekali gus meningkatkan tekanan terhadap sekutu Eropah yang dituduh Amerika sebagai menahan sokongan.

Trump juga mengecam Perdana Menteri Britain, Keir Starmer sekali lagi kerana keengganan Britain untuk menyokong Amerika dalam perangnya dengan Iran, dan memperkecilkan tentera British.

“Anda tidak mempunyai tentera laut pun. Anda terlalu tua dan mempunyai kapal pengangkut pesawat yang tidak berfungsi,” kata Trump sambil mempersendakan tentang armada kapal perang Britain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN