fbpx
Rakaman keterangan ke atas tiga individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat berunsur palsu berkaitan peningkatan tarif baharu elektrik.

Tiga individu disiasat sebar berita palsu kenaikan tarif elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki telah menyebarkan maklumat palsu berhubung peningkatan tarif baharu elektrik di Facebook, Threads dan Whatsapp.

MCMC dalam kenyataan maklumkan, maklumat palsu itu dipercayai turut menyalahgunakan elemen grafik sebuah agensi berita, manakala hasil semakan mendapati kandungan tersebut disunting daripada laporan rasmi Astro AWANI.

“Menurut aduan diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua suspek berkenaan peningkatan tarif elektrik adalah bersifat palsu dan boleh menimbulkan persepsi negatif yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan panik kepada masyarakat,” jelas kenyataan itu.

MCMC menambah, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,” tegas MCMC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN