fbpx
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Syarikat, pengarah didakwa miliki minyak pelincir kereta tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah syarikat dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 229 unit minyak pelincir kereta jenama terkenal yang didapati tiruan tahun lalu.

Bagaimanapun syarikat itu yang diwakili pengarahnya, masing-masing berusia 42 dan 43 tahun yang merupakan orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut dua pertuduhan itu, kedua-dua OKS didakwa memiliki 229 unit minyak pelincir kereta dua jenama terkenal bagi tujuan perdagangan, yang menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat terbabit di Taman Perindustrian Jaya di sini, pukul 11.45 pagi pada 29 April 2025, mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta 815 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(i) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM15,000 bagi setiap barang yang menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda maksimum RM30,000 bagi setiap barangan itu.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salim Wahid, manakala kedua-dua OKS diwakili oleh peguam Khaw Thian Keat.

Hakim Syahliza kemudian membenarkan setiap OKS diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat KPDN, Putrajaya sebulan sekali dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei ini bagi sebutan semula kes.

Pada 29 April tahun lalu, tiga premis yang disyaki menjalankan kegiatan membotol dan mengedar minyak enjin menggunakan cap dagangan palsu diserbu dalam operasi bersepadu di Ara Damansara dan Kepong, di sini.

Dalam serbuan oleh Polis Diraja Malaysia bersama KPDN itu, sebanyak 13 individu termasuk tujuh warga asing turut ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN