fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat landa 13 negeri hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Pulau Pinang dan Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor yang melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Kapit (Song) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

Cuaca buruk sama turut dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN