fbpx
EMPAT lelaki yang sedang dikesan polis kerana disyaki terlibat dalam kes tetak di sebuah kedai Kopitiam di Bera.

Polis cari empat lelaki disyaki terlibat kes tetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Polis mengesan empat individu dipercayai terlibat dalam kes menetak seorang lelaki dengan parang sehingga menyebabkan kecederaan parah di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku di sebuah premis kopitiam di Jalan Besar Mengkuang pada pukul 9.16 malam, Ahad lalu.

“Kesemua suspek lelaki yang berusia 27 hingga 39 tahun itu dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta selepas kejadian. Semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang dilakukan untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Setakat ini mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan masih belum sedar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN