fbpx
ZAINAL FITRI (dua dari kiri) memberi teguran kepada tiga lelaki, Bharat Bahadur (kiri), Sinha Vaibhav (dua dari kanan) dan  Mohd Sofian Misban (kanan) yang didakwa atas kesalahan  membuang sampah kecil di tempat awam di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

Padah buang sampah, tiga termasuk warga asing didenda RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perbuatan tidak bertangungjawab tiga individu termasuk dua warga asing membuang sampah di merata-rata pada Januari lalu mengundang padah apabila mereka didenda RM2,800 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim membuat keputusan itu selepas Mohd. Sofian Misban, 34, serta warga India, Sinha Vaibhav, 40, dan warga Nepal, Bharat Bahadur, 22, selaku orang kena saman (OKS), mengaku bersalah.

Mahkamah turut mengarahkan OKS menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama 16 jam.

Mohd. Sofian membuang puntung rokok di Tapak Parkir Hentian Rehat dan Rawat Arah Selatan di Kulai pada pukul 4.40 petang, 27 Januari lalu, manakala Sinha membuang tin minuman di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Serigala, Taman Abad, di sini, pukul 5.48 petang, 14 Januari.

Bharat pula membuang puntung rokok di Taman Bintang Utama, Kulai pada pukul 12.15 tengah hari, 1 Januari lalu.

Ketiga-tiga OKS didakwa mengikut subseksyen 77A (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan boleh dihukum mengikut subseksyen 77A(2) dan sebagai tambahan boleh dikenakan PKM mengikut subseksyen 77B (1) akta sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 kepada Mohd. Sofian selain perlu menjalani PKM selama enam jam. Sinha dan Bharat pula masing-masing didenda RM1,000 dan menjalani PKM selama empat dan enam jam dalam masa enam bulan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SWCorp, Rubiah Maulud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya mengeluarkan sebanyak 153 notis bagi kesalahan sampah kecil ke atas 92 warga tempatan dan 61 bukan warganegara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN