fbpx
SYAMIR ZIKRI (kiri) dan Aiman Haikal dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dijumpai selamat berada di sebuah pasar raya di Tampoi, Johor Bahru, malam semalam.

Merajuk punya fasal…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dari rumah keluarga di Kampung Pasir, Tampoi, sejak Jumaat lalu ditemui selamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Syamir Zikri Abdullah, 12, dan Aiman Haikal Kuzainai, 11, ditemui kira-kira pukul 8.30 malam.

“Kedua-dua kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik ditemui berada di sebuah pasar raya di Tampoi.

“Hasil soal siat mendapat kedua-dua kanak-kanak tersebut bertindak melarikan dari dipercayai merajuk dengan ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kedua-dua mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat pada 27 Mac lalu kira-kira pukul 12 tengah hari di rumah bernombor 1826, Jalan Mata Kucing 1, Kampung Pasir, Tampoi di sini.

Katanya, kehilangan mereka disedari ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat bagi membantu usaha mengesan lokasi kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN