fbpx
KANE memiliki kontrak sehingga Jun 2027 bersama Bayern ketika United berminat mendapatkan khidmatnya. - AFP

EPL: Man. United perlu pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Manchester United perlu menyiapkan dana yang cukup besar untuk merealisasikan hasrat membawa masuk penyerang impian mereka, Harry Kane pada musim panas nanti.

Presiden Kehormat Bayern Munich, Uli Hoeness mengakui bahawa penyerang pasukan itu, Harry Kane dianggarkan bernilai £200 juta (RM1.06 bilion) ekoran prestasi memuncak apabila meledak 48 gol dalam 40 penampilan setakat musim ini.

Kontrak Kane di Allianz Arena bakal berakhir pada Jun 2027 dan memiliki nilai pelepasan berharga £57 juta (RM302.88 juta) sekiranya bersetuju untuk mengaktifkan kluasa berkenaan untuk mencari destinasi baharu.

Bagaimanapun, Hoeness percaya pemain itu akan kekal di Bayern apabila tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menggunakan klausa berkenaan untuk mencari destinasi baharu ketika Barcelona dan beberapa kelab dari Arab Saudi turut berminat mendapatkan sentuhannya.

“Kane tidak berminat untuk mengaktifkan klausa berkenaan, itu berminat dia akan kekal dengan kontrak di Bayern sehingga 2027. Dia dan keluarganya sangat selesa di sini.

“Sebelum ini saya anggap Kane bernilai £130 juta (RM690.78 juta), tetapi Liverpool membeli Alexander Isak dengan harga tersebut. Jika Isak berharga £130 juta, jadi saya fikir Kane mungkin bernilai £200 juta atau lebih,” katanya.

Kenyataan itu menyaksikan United bakal memecahkan rekod perpindahan dunia sekiranya mereka benar-benar mahu mendapatkan khidmat Kane untuk musim depan ketika pemain itu sudah berusia 32 tahun.

Rekod perpindahan dunia ketika ini kekal menjadi milik Neymar apabila Paris Saint-Germain (PSG) membayar yuran perpindahan sebanyak £200 juta kepada Barcelona pada 2017 untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN