fbpx
Michael Chong (dua dari kiri) bersama mangsa yang hadir ke pejabatnya di Kuala Lumpur mengadu ditipu pegawai bank palsu, hari ini.

Lesap RM15,800 ditipu ‘pegawai bank’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM15,800 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang menyamar sebagai pegawai bank, bulan lalu.

Kejadian bermula pada 11 Mac lalu apabila mangsa dikenali Tan yang bekerja sebagai jurujual menerima SMS daripada nombor 66628 dari sebuah bank memaklumkan berlaku transaksi RM1,120 melalui Google Pay.

Tan berkata, dia panik kerana tidak melakukan sebarang transaksi sebelum segera menghubungi nombor yang tertera dalam mesej berkenaan.

“Saya ingat mesej itu betul daripada bank, jadi saya terus hubungi nombor tersebut tanpa syak. Mereka cakap kes serius dan minta saya hubungi Bank Negara,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi nombor diberikan sebelum individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara meminta maklumat kad kredit dan debit kononnya untuk tujuan siasatan.

“Saya ikut sahaja arahan sebab percaya mereka pihak berkuasa. Tidak lama kemudian, saya dapati wang dalam akaun saya sudah berkurangan dan masa itu baru sedar kena tipu,” katanya.

Mangsa memaklumkan sebanyak RM1,000 dikeluarkan daripada akaun simpanannya sebelum dia segera menyekat kad melalui aplikasi bank dan menghubungi pihak bank untuk membekukan semua kad miliknya.

Katanya, kes itu membabitkan kad kredit dari dua bank tempatan dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan RM15,800 sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, pertengahan Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong  berkata, pihaknya menerima banyak aduan membabitkan modus operandi sama menggunakan SMS palsu bagi memperdaya mangsa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa menghubungi nombor rasmi bank bagi pengesahan, bukan nombor dalam SMS mencurigakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN