fbpx
Anwar.

Kerajaan giat pelbagai sumber import minyak, jamin bekalan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan meneruskan usaha dalam mempelbagaikan sumber tenaga negara, seterusnya berupaya memastikan keterjaminan bekalan untuk kegunaan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu termasuk mempelbagaikan sumber import minyak dan gas dari pelbagai negara antarabangsa lain.

“Usaha lain yang dipergiatkan termasuk apa yang agak kritikal iaitu jaminan bekalan tenaga negara.

“Pelbagaikan sumber import minyak dan gas dari negara lain, yang ini yang telah kita umumkan dan sekali lagi kerana kejayaan syarikat minyak negara kita Petronas mengendali dengan baik,” katanya pada taklimat khas di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dalam melaksanakan penjimatan kewangan dan tidak boros berbelanja.

“Saya ucap penghargaan kepada semua yang mengikuti semangat ini selain tidak boros dan tidak anggap keadaan itu biasa dengan mempamerkan kekayaan sewenang-wenang dan menunjukkan seolah-olah tidak ada yang terkesan.

“Sikap ini akan merugikan kita kerana rakyat di bawah sana petani, nelayan, pekerja masih ramai yang terhimpit.

“Jadi, golongan yang agak kaya yang tinggi kedudukan mereka jangan alpa, tunjukkan keprihatinan dan bantu dalam keadaan yang menekan ramai rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN