fbpx
MESSI diramal sukar untuk terus memacu Argentina untuk mengekalkan gelaran juara Piala Dunia yang dimenangi di Qatar. - AFP

Argentina sukar pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Status selaku juara bertahan Piala Dunia tidak lagi menjamin laluan mudah buat Argentina apabila prestasi semasa skuad kendalian Lionel Scaloni dilihat semakin merisaukan menjelang edisi 2026.

Segalanya tampak sempurna ketika Argentina menjulang trofi di Qatar 2022 dengan Lionel Messi memainkan peranan luar biasa, namun situasi semasa menunjukkan pasukan itu sudah kehilangan aura dominan mereka.

Meskipun berjaya mendominasi kempen kelayakan Zon CONMEBOL, hakikatnya prestasi tersebut lebih dipengaruhi kemerosotan pasukan lain berbanding kekuatan sebenar Argentina.

“Kami tidak bermain dengan baik. Kami perlu akui perkara itu untuk terus memperbaiki kelemahan,” kata Scaloni.

Menurutnya, tahap permainan Argentina ketika ini masih belum mencapai standard sebenar meskipun memiliki barisan pemain berkualiti.

Kebimbangan turut disuarakan penjaga gol utama, Emiliano Martinez yang mengakui prestasi semasa pasukan jauh daripada tahap sebenar.

“Ini antara perlawanan persahabatan terburuk kami. Kami kurang intensiti, tempo dan kualiti permainan. Ini sesuatu yang perlu kami nilai semula,” kata ketika mengulas kemenangan 2-1 pada aksi menentang Mauritania di La Bombonera sebelum ini.

Dalam masa sama, kebergantungan tinggi kepada Messi terus menjadi isu utama apabila bintang berusia 37 tahun itu tidak lagi mampu memikul beban sepanjang 90 minit secara konsisten.

Ketika beberapa tonggak utama mula menunjukkan penurunan prestasi serta kekurangan aksi kompetitif menjelang kejohanan, Argentina kini berdepan risiko kehilangan sentuhan sebagai kuasa besar dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN