fbpx
Anthony Loke menghulurkan bantuan kepada Nur Nadia ketika kunjungan di kediamannya di Klang, hari ini.

Anthony Loke ziarah balu Amirul Hafiz, beri sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menziarahi isteri kepada arwah Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan tragis dipercayai melibatkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah pada Ahad lalu

Beliau berkata, kunjungan itu dilakukan bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyampaikan sokongan moral kepada keluarga isteri Allahyarham, Nur Nadia Abdul Majid.

“Saya menyampaikan sedikit sumbangan kewangan secara peribadi dengan harapan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

“Namun tiada nilai wang ringgit yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang.

“Saya amat memahami kesedihan yang dirasai, dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam serta solidariti kami bersama keluarga arwah dalam menghadapi saat yang sukar ini,” ujarnya.

Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN