fbpx
Gambar hiasan

Anggota tentera cedera parah dipukul di dalam kem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seorang anggota tentera cedera parah dan tidak sedarkan diri selepas dipukul oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 malam kelmarin di dalam kem tentera berkenaan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek seorang anggota tentera berpangkat koperal telah terlibat dalam kejadian memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan.

“Hasil siasatan juga mendapati terdapat enam lagi mangsa yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun turut terlibat dalam kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan pengsan dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, mangsa masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan manakala mangsa-mangsa lain dirujuk ke Hospital Bentong bagi pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu katanya, susulan kejadian itu polis telah menahan seorang anggota tentera berpangkat koperal berumur 37 tahun pada pukul 2.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Polis Bentong akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini dan rrang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN