fbpx
Tangkap layar kemalangan treler dan lori tangki yang mencetuskan kebakaran di Kulai, Johor.

[VIDEO] Laluan Sedenak Ke Kulai ditutup, sesak hampir 10km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kesesakan trafik sejauh lapan kilometer (km) berlaku di KM40.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Kulai ke Sedenak di sini susulan kemalangan melibatkan dua buah lori tangki hari ini.

Kejadian pada pukul 12.14 tengah hari itu turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan kebakaran lori tangki sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna lebuh raya.

Dalam insiden tersebut, sebuah lori tangki tanpa muatan terbakar sehingga 80 peratus selepas berlanggar dengan lori tangki jenis Hino yang membawa muatan tepung. Kemalangan turut menyebabkan seorang pemandu lori maut, manakala seorang lagi cedera.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.14 tengah hari sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai i bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi.

“Sebuah lori tangki didapati terbakar hampir keseluruhannya selepas terlibat kemalangan dengan lori muatan tepung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori tangki dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan.

“Seorang lagi pemandu lori tersepit di tempat duduk dan dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas. Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya diserahkan kepada polis,” katanya.

Api berjaya dikawal dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 2.28 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN