fbpx
Hantaran yang dimuat naik oleh Jamilahbtismail.Ilah memaparkan Arissa melawat kubur arwah ibunya selepas mengambil keputusan SPM.

[VIDEO] Ibu tidak sempat lihat keputusan cemerlang 8A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tangisan kegembiraan bertukar menjadi air mata kerinduan yang mendalam buat seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bernama Arissa.

Walaupun berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM, impiannya untuk membanggakan arwah ibunya tidak kesampaian.

Menerusi satu hantaran tular di Threads oleh Jamilahbtismail.Ilah berkata, ibu Arissa telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Ujian mak meninggal tiga hari sebelum raya, sakit kanser,” katanya.

“Tidak sempat mak tengok result (keputusan) SPM kakak,” tambahnya lagi.

Arissa dilihat menangis sambil dipeluk oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain saat menerima keputusan tersebut.

Wajahnya yang merah menahan tangis jelas menggambarkan perasaan bercampur baur antara bangga dengan pencapaian diri dan sedih kerana insan yang paling penting tiada di sisi.

Rata-rata netizen turut berasa sebak dengan meninggalkan komen yang penuh sokongan dan doa buat Arissa

“Tahniah Arissa, emak kamu mesti sangat bangga dengan keputusan kamu. Jaga diri,” ujar Mylil_Ponyos.

“Awak akan jadi kuat dan berdikari satu hari nanti. Semoga yang baik-baik untuk awak, semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi adik Arissa,” kata Eanamardiah pula. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN