fbpx
Mohamad Dziauddin pada sidang akhbar Keputusan Peperiksaan Sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Pulau Pinang di JPN Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

SPM 2025: Seramai 16,545 calon di P. Pinang layak dapat sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 725 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang diambil pada peperiksaan SPM itu tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, jumlah calon yang memperoleh semua A+ iaitu cemerlang tertinggi ialah seramai 25 orang.

Menurutnya,seramai 16,545 daripada 17,933 yang hadir menduduki SPM 2025 layak menerima sijil dengan gred purata negeri (GPN) adalah 4.39.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,710 calon memperooeh sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam peperiksaan SPM 2025 berbanding 2,478 pada tahun 2024.

“Walaupun ada berlaku sedikit penurunan sebanyak 1.41 peratus berbanding 93.67 peratus pada tahun 2024, namun dari segi jumlah calon layak sijil menunjukkan peningkatan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2025 di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN