fbpx
NADIMIN Abdul Aziz ketika Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini.

SPM 2025: Prestasi Putrajaya meningkat, catat GPN 3.31 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 di Putrajaya berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) keseluruhan mencatatkan 3.31 mata dengan perbezaan 0.13 mata berbanding 3.44 mata pada tahun 2024.

Pengarah Pendidikan Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Nadimin Abdul Aziz berkata, tahun ini seramai 2,317 pelajar layak dianugerahkan sijil SPM dengan peningkatan 0.12 peratus, daripada jumlah keseluruhan 2,506 calon yang menduduki peperiksaan itu.

“Daripada 2,317 calon tersebut, seramai 195 calon berjaya memperolehi keputusan cemerlang dengan semua A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 168 calon pada tahun 2024,” katanya ketika Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai sembilan calon turut mencatatkan keputusan semua A+, meningkat berbanding tujuh calon pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, seramai 22 calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) turut layak menerima sijil SPM pada tahun ini berbanding keseluruhan 25 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.

“Daripada jumlah itu, 18 calon merupakan kategori masalah pembelajaran, manakala tiga calon kurang upaya fizikal dan seorang lagi dalam kategori kurang upaya pelbagai,” katanya.

Tambahnya, jumlah calon yang tidak hadir peperiksaan pula meningkat kepada 13 orang berbanding tujuh orang pada tahun 2024.

“Daripada jumlah tersebut, sebahagian pelajar memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal. Selain itu, ada pelajar yang mengambil keputusan untuk bekerja bagi membantu keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prestasi mata pelajaran, Nadimin berkata, daripada 29 mata pelajaran yang ditawarkan, sebanyak 18 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sembilan mata pelajaran mencatatkan penurunan dan dua kekal seperti tahun 2024.

Tambah beliau, antara mata pelajaran teras yang menunjukkan peningkatan ialah Matematik (0.36), Bahasa Inggeris (0.05) dan Pendidikan Islam (0.67), manakala Bahasa Melayu menurun 0.26 mata dan Sains menurun 0.07 mata.

“Secara keseluruhan, trend GPN Putrajaya menunjukkan peningkatan konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu 3.60 pada 2021, 3.52 (2022), 3.43 (2023), 3.44 (2024) dan 3.31 pada tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN