fbpx
Dr Mohd Azam Ahmad pada sidang akhbar Sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 di Kompleks E Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SPM 2025: Prestasi 63 mata pelajaran meningkat, Bahasa Melayu rekod penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Prestasi mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan peningkatan bagi 63 daripada 95 mata pelajaran, manakala 29 mata pelajaran pula mencatatkan penurunan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, sementara itu, tiga mata pelajaran pula tidak berubah berbanding SPM 2024 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

“Bagi tujuh mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi.

“Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.79 mata, iaitu 3.20 mata pada SPM Tahun 2025 berbanding dengan 3.99 mata pada SPM Tahun 2024.

“Bahasa Melayu pula menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.13 mata, iaitu 3.85 mata pada SPM Tahun 2025 berbanding dengan 3.72 mata pada SPM Tahun 2024,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Mohd. Azam berkata, mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan Sains Tulen dan Matematik Tambahan menunjukkan penurunan prestasi antara 0.02 mata hingga 0.15 mata.

“Bagi 12 mata pelajaran elektif STEM yang melibatkan Sains Gunaan
dan Teknologi, sebanyak lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi.

“Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pula menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 1.64 mata berbanding 2024,” katanya.

Selain itu, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam pula menunjukkan penurunan prestasi, manakala Sains Komputer mengekalkan prestasi seperti SPM 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN