fbpx
Gambar hiasan.

SPM 2025: 366,435 calon layak dapat sijil, meningkat 10,502 berbanding 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Seramai 366,435 calon atau 94.29 peratus layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding 355,933 orang pada 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata angka terbabit menunjukkan peningkatan seramai 10,502 orang atau bersamaan 0.28 peratus.

“Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025.

“Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN