fbpx
Antara 49 calon SPM 2025 dari SMK Bukit Jambul meraikan keputusan mereka di sekolah itu, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

SPM 2025: 199 calon di P. Pinang tak hadir periksa, beri alasan bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 199 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2025 di Pulau Pinang dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu tahun lalu dengan alasan mereka sudahpun bekerja.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad mendedahkan perkara tersebut pada Sidang Media Pengumuman Keputusan SPM 2025 Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun, jumlah calon bagi sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) itu didapati berkurangan berbanding yang direkodkan pada SPM 2024 iaitu seramai 239 orang.

“Dari awal kita sudah mengesan, bukan tak hadir ketika peperiksaan atau mula ujian lisan itu tetapi di peringkat awal sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM.

“Mereka memang sudahpun meninggalkan alam persekolahan dari awal tetapi tidak mengesahkan sama ada nak berhenti sekolah atau tidak. Kebanyakannya sudah mula terlibat dengan bidang pekerjaan.

“Pelaksanaan langkah intervensi secara berterusan telah menunjukkan penurunan yang sangat ketara hasil bimbingan lebih awal,” katanya di sini, semalam.

Untuk rekod, seramai 16,545 daripada 17,933 yang hadir menduduki SPM 2025 layak menerima sijil dengan gred purata negeri (GPN) kekal sebanyak 4.39.

Daripada jumlah itu, seramai 725 calon SPM 2025 di negeri ini berjaya memperoleh semua A dalam subjek yang diambil manakala 2,710 calon memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C berbanding 2,478 pada tahun 2024.

Di Pulau Pinang, tiga sekolah yang mencatat kecemerlangan dalam keputusan SPM 2025 adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul diikuti Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al- Irshad di Kepala Batas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN