fbpx
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (berdiri, tengah) melancarkan identiti korporat baharu PNSB di Pusat Konvensyen MBSA.

PNSB lancar identiti korporat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini melancarkan identiti korporat baharunya sebagai simbol transformasi hala tuju dan kematangan organisasi dalam memacu pembangunan ekonomi Selangor.

Pelancaran identiti baharu itu menandakan kesediaan PNSB untuk melangkah lebih jauh sebagai salah satu pemacu utama kecemerlangan di bawah kerangka Rancangan Selangor Kedua (RS2) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Ia turut disusuli dengan pengenalan pelan perniagaan strategik lima tahun PNSB yang dikenali sebagai SHIFT30, bertujuan untuk mempelbagai sumber pendapatan dan memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa perubahan tersebut melambangkan fasa kematangan organisasi.

“Identiti baharu ini adalah penanda aras transformasi strategik kami selepas 35 tahun beroperasi. Ia merupakan janji PNSB untuk terus berinovasi dan mencipta nilai jangka panjang demi kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya pada majlis pelancaran di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Beliau turut menekankan komitmen PNSB dalam memperkukuh kecekapan operasi dan kepelbagaian portfolio menerusi adaptasi teknologi, antaranya melalui konsep Smart Office dan integrasi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti.

“Selain memperkasakan mandat perumahan rakyat melalui projek Rumah Idaman, kami kini mengorak langkah berani meneroka sektor berimpak tinggi seperti industri aeroangkasa dan pengurusan dana modal teroka (VC) bagi menjamin kemampanan ekonomi masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN