fbpx
Lukisan Les Poissons (kanan) antara yang dicuri dari muzium Yayasan Magnani-Rocca (kiri). - Yayasan Magnani-Rocca/Wikimedia Commons

Pencuri larikan lukisan muzium bernilai RM40 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Sekumpulan pencuri memecah masuk sebuah muzium di Itali dan melarikan beberapa karya seni bernilai sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM40 juta), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Penjenayah terdiri daripada empat orang itu memecah masuk muzium Yayasan Magnani-Rocca yang terletak di sebuah vila luar bandar di selatan Parma.

Mereka melarikan lukisan daripada artis seni terkenal iaitu Renoir, Cezanne dan Matisse, menyebabkan dinding muzium persendirian itu kosong.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh polis Itali, empat lelaki memakai hoodie memecah masuk muzium tersebut pada 22 Mac lalu, selepas memecahkan pintu pagar belakang di hartanah itu.

Mereka melarikan tiga karya agung iaitu Les Poissons (1917) oleh Pierre-Auguste Renoir, Still Life with Cherries (sekitar 1890) oleh Paul Cezanne dan Odalisque on the Terrace (1922) oleh Henri Matisse.

Yayasan Magnani-Rocca berkata, kumpulan pencuri itu berada di dalam muzium selama kurang tiga minit sebelum melarikan diri selepas sistem penggera diaktifkan.

Peguam Christopher Marinello berkata, mereka percaya suspek akan cuba membawa karya-karya itu keluar dari Itali secepat mungkin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN