fbpx
Trump menyaksikan demonstrasi oleh askar Operasi Khas di Zon Penurunan Holland pada 10 Jun 2025 di Fort Bragg, Carolina Utara. - AFP

Pasukan Operasi Khas AS tiba di Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Ratusan pasukan Operasi Khas Amerika Syarikat (AS) tiba di Asia Barat, menyertai beribu-ribu anggota marin dan pasukan payung terjun tentera darat ketika Presiden Donald Trump mempertimbangkan langkah seterusnya dalam perang dengan Iran, lapor laman berita TRT World.

Komando-komando tersebut, termasuk Renjer Tentera Darat dan SEAL Tentera Laut belum ditugaskan untuk misi khusus, kata pegawai kepada akhbar The New York Times, yang bercakap dengan syarat enggan namanya disiarkan.

Sebagai pasukan darat khusus, mereka boleh dikerahkan untuk membantu melindungi Selat Hormuz yang telah ditutup secara efektif oleh Iran atau mengambil bahagian dalam misi yang menyasarkan Pulau Kharg. Ia merupakan hab minyak utama Iran di Teluk.

Anggota-anggota itu juga boleh dikerahkan dalam operasi  bertujuan untuk merampas uranium Iran yang sangat diperkaya di tapak nuklear Isfahan.

Pengerahan itu adalah tambahan kepada kira-kira 2,500 anggota marin dan 2,500 kelasi yang baru tiba di rantau tersebut.

Lebih 50,000 tentera AS kini berada di Asia Barat, kira-kira 10,000 lebih banyak daripada biasa.

Bilangan tentera AS di rantau itu kebiasaannya sekitar 40,000 di seluruh pangkalan dan kapal di negara-negara termasuk Arab Saudi, Bahrain, Iraq, Syria, Jordan, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait.

Pakar-pakar tentera memberi amaran bahawa sejumlah 50,000 tentera tidak akan mencukupi untuk operasi darat utama di Iran ekoran saiz dan populasi negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN