fbpx
Perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan Naim Daniel di Mahkamah Sesyen di sini, yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini memanggil enam saksi di pihak pendakwaan.

Panggil enam saksi termasuk ibu mangsa, Naim Daniel tak tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan penyanyi, Naim Daniel di Mahkamah Sesyen di sini, yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini memanggil enam saksi di pihak pendakwaan.

Peguambela mewakili Naim, Mohd. Irwan Sumadi berkata, saksi pertama yang dipanggil pihak pendakwa raya pada prosiding pagi tadi adalah ibu kepada mangsa dalam kes berkenaan.

Katanya, mahkamah sudah selesai menjalankan pemeriksaan utama terhadap saksi terbabit dan kini dalam proses pemeriksaan balas pihak pembelaan.

“Hari ini, pihak pendakwaan memanggil seorang saksi iaitu emak kepada mangsa atau pengadu dalam kes ini.

“Sebentar tadi (tengah hari), pemeriksaan utama sudah selesai dan kini dalam (proses) pemeriksaan balas iaitu giliran pembelaan untuk menyoal balas saksi berkenaan.

“Buat masa ini, jumlah saksi pembelaan belum kami tentukan lagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah, di sini, hari ini.

Mengenai emosi anak guamnya, Mohd. Irwan menyifatkan Naim dalam keadaan tenang selain tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan sepanjang prosiding berlangsung.

“Semuanya berjalan seperti dirancang. Beliau (Naim) pun nampak okey, ceria macam biasa, tenang dan tidak nampak tertekan dengan perbicaraan dilaluinya hari ini.

“Ikutkan, kes ini dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis nanti tetapi kalau tengok situasi semasa, ada kemungkinan tarikh bicara akan bertambah,” ujarnya.

Sebelum ini, Naim Daniel atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada 19 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, selebriti terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 8.56 malam.

Jika sabit kesalahan, pelantun lagu Sumpah itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN