fbpx
Sazalee pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Lagi 25 ‘ulat foto’ ditahan di KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 25 lagi ‘ulat foto’ atau jurugambar jalanan ditahan polis menerusi operasi khas di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini semalam, bagi membantu siasatan kes rusuhan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 48 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita berasal dari Sabah serta seorang warga Filipina.

“Kesemua individu direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan Seksyen 148/ 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Sazalee berkata, hasil siasatan mendapati, golongan tersebut bergerak dalam satu kumpulan dan menyasarkan lokasi tumpuan pelancong antaranya Jambatan Saloma dan KLCC.

Menurutnya, kebanyakan daripada mereka dipercayai tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjadikan tugas mengambil gambar sebagai sumber pendapatan utama.

Sebelum ini, polis menahan 18 lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan dan serangan terhadap dua lelaki hingga mengalami kecederaan di Persiaran KLCC di sini, 22 Mac lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu dipercayai berlaku apabila sekumpulan lelaki yang merupakan jurugambar jalanan atau ‘ulat foto’ memukul seorang pelancong lelaki warga India di kawasan KLCC.

Mengulas lanjut, Sazalee berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti dua individu yang terlibat secara langsung dalam kes terbabit, yang disiasat di bawah Seksyen 148/ 324 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, dua individu tersebut telah dituduh di mahkamah, namun mereka mengaku tidak bersalah dan telah membayar wang jaminan sebanyak RM3,000 seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN