fbpx
ADIK Datuk Fazley Yaacob, Raf naik berang dengan beberapa individu yang culas hendak membayar hutang kepadanya.

Hutang nak cecah sejuta, antaranya abang selebriti – Raf Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak mampu menahan sabar, pempengaruh Raf Yaakob naik berang kepada seorang individu yang didakwa berhutang dengannya.

Raden Ahmad Faizal Yaakob, 41, berkata lebih teruk apabila individu yang juga abang kepada seorang selebriti popular itu juga terbabit memutarbelitkan fakta apabila menuduh seolah-olah dia pun mangsa keadaan.

“Abang kepada seorang artis ini berhutang dengan saya, tetapi dia beritahu orang ramai kononnya saya yang berhutang dengan dia.

“Siap cakap saya banyak hutang dengan orang. Bila ajak berjumpa untuk selesaikan, dia tak mahu. Apa yang patut saya buat?,” katanya dalam perkongsian di platform Threads.

Menerusi hantaran lain, adik kepada penyanyi dan cef, Datuk Fazley Yaakob itu turut mendakwa ada beberapa individu lain berhutang dengannya mencecah RM1 juta.

Kata Raf lagi, perbuatan culas pihak berkenaan tersebut merupakan antara bentuk penganiayaan terhadap dirinya

“Ini baru satu pihak. Kalau campur dua lagi pihak yang berhutang dengan saya, nilainya sudah lebih sejuta. Saya akan selesaikan satu persatu.

“Berani kerana benar. Bukan saya sengaja beri pinjam, tetapi saya rasa dianiaya. Individu itu sendiri mengaku salah dan berjanji untuk bayar semula, namun sehingga kini masih belum ditunaikan.

Pendedahan dibuat meraih perhatian netizen yang meminta Raf menggunakan saluran betul demi menuntut haknya.

“Tuntut, jangan bagi orang pijak kepala,” tulis seorang pengguna Threads. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN