fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk landa empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

“Turut terjejas beberapa kawasan di Johor iaitu Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN