fbpx
Gambar hiasan.

Anwar ucap tahniah calon cemerlang SPM, seru pelajar terus berusaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini serta menggesa mereka untuk terus melangkah dengan tekad dan keyakinan.

Menurut beliau, kejayaan yang diraih perlu dijadikan pemangkin untuk melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara yang berteraskan ilmu, nilai dan keinsanan.

“Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa.

“Perjalanan ini mash panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka buat mereka yang terus berusaha tanpa kenal lelah,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Beliau berkata, sistem pendidikan negara sentiasa tersedia bagi menyokong setiap langkah pelajar dalam mengejar kejayaan.

“Masa depan tidak ditentukan oleh satu keputusan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus melangkah dan berjaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN