fbpx
Kamsah (tiga dari kiri) menyampai sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang, Khadijah Khairul Nizam (lima dari kiri) pada majlis pengumuman SPM Terengganu di Sekolah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus hari ini.

591 calon SPM Terengganu peroleh semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai 591 calon Terengganu memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan sebentar tadi.

Pengarah  Pendidikan Terengganu, Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, ia peningkatan 59 calon berbanding 532 orang pada tahun lalu.

“Calon SPM negeri ini yang memperolehi semua A+ juga meningkat kepada 25 orang berbanding 11 orang pada tahun lalu.

“Gred Purata Negeri (GPN) juga meningkat kepada 4.17 yang juga mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 4.42,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM peringkat Terengganu di sini hari ini.

Rosli berkata, seramai 11,633 daripada 17,457 calon iaitu 67.6 peratus lulus bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata, pencapaian itu lebih baik berbanding 66.41 peratus yang dicapai pada tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, 96.61 peratus iaitu 16,624 calon yang menduduki SPM layak menerima sijil SPM.

“Begitupun, seramai 249 calon atau 1.42 peratus tidak hadir pada peperiksaan SPM 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN