fbpx
Gambar hiasan

3 ‘ulat foto’ miliki MyKad palsu dihantar ke Penjara Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga daripada 18 ‘ulat foto’ atau jurugambar jalanan yang ditahan sebelum ini disyaki memegang kad pengenalan (MyKad) palsu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perkara itu terbongkar susulan semakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Siasatan mendapati tiga individu ini tidak mempunyai dokumen, namun mempunyai MyKad dan telah dibawa ke JPN untuk pengesahan cap jari.

“Hasil semakan, identiti ketiga-tiga suspek tidak terkesan dalam sistem JPN di mana MyKad yang digunakan dipercayai palsu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Sazalee, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka telah dituduh di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga individu tersebut mengaku tidak bersalah dan telah dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Sebelum ini, polis menahan 18 lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan dan serangan terhadap dua lelaki hingga mengalami kecederaan di Persiaran KLCC di sini, 22 Mac lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu dipercayai berlaku apabila sekumpulan lelaki yang merupakan jurugambar jalanan memukul seorang pelancong lelaki warga India di kawasan hadapan KLCC.

Dalam perkembangan berbeza, 25 lagi ‘ulat foto’ termasuk seorang wanita dan warga Filipina telah ditahan semalam bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN