fbpx
Gambar hiasan

Tiada laporan kes strok haba pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) belum menerima sebarang laporan membabitkan pelajar mengalami strok haba setakat ini, meskipun cuaca panas melanda beberapa kawasan di Semenanjung ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya mempunyai garis panduan khusus sejak 2023 bagi menangani situasi cuaca panas di institusi pendidikan.

Katanya, semua pihak termasuk pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan membuat keputusan berdasarkan laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi serta situasi semasa di kawasan masing-masing.

“Setakat ini kita masih belum terima sebarang laporan kes strok haba dalam kalangan pelajar, namun pemantauan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis di MPT Taiping di sini hari ini.

Beliau berkata, berkaitan di dua daerah di Kedah, pihak JPN mengambil langkah awal dengan mengarahkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Katanya, KPM bersama JPN dan PPD akan terus memantau perkembangan cuaca panas dan tidak menolak kemungkinan langkah sama dilaksanakan di kawasan lain sekiranya keadaan memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN