fbpx
Antara tangkap layar memaparkan luahan kemarahan orang ramai termasuk pempengaruh yang berang susulan insiden kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang semalam.

Satu Malaysia ‘suram’, berang angkara pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Media sosial hari ini dibanjiri dengan luahan sedih, geram dan kemarahan orang ramai susulan insiden kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut dilanggar pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang semalam.

Tinjauan Kosmo! di Facebook, TikTok, Threads, Instagram atau X mendapati rata-rata orang membincangkan tentang kejadian kemalangan ngeri tersebut.

Rata-rata mereka menyifatkan masalah pemandu mabuk harus ditangani segera secara berkesan oleh pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa.

“Mabuk punya fasal, nyawa orang tak bersalah melayang,” kata Mohd Fadli Salleh.

“Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian sudah patut kena penjara seumur hidup dan sebatan,” cadang @Syaffiqrahman.

“Agak-agak boleh tak keluarga pemandu mabuk tanggung sekolah anak-anak mangsa seumur hidup?,” ujar pengguna lain.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tindakan seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

Kemalangan pada pukul 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an melambung sebelum tercampak ke atas sebuah kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN