fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, katanya, di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut).

“Amaran juga melibatkan beberapa daerah di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai).

“Bagi Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” lapor MetMalaysia.

Di Sabah, amaran hujan lebat dijangka diPedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN