fbpx
Nur Sofea ditemui selamat di Pasir Mas, Kelantan.

Remaja 13 tahun hilang di Ampang, dijumpai di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Bandar Baru Ampang di sini sejak Rabu lalu berjaya dijumpai dalam keadaan selamat di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, Nur Sofea Haton Abdul Hafiz ditemui berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Sipol Tok Uban, Pasir Mas.

Katanya, ibu bapa remaja itu sudah dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut dan akan menguruskan pengambilan Nur Sofea dengan segera.

“Nama Nur Sofea juga dikeluarkan dari senarai Orang Hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seorang remaja perempuan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Ampang dipercayai selepas berselisih faham dengan keluarganya.

Kehilangan Nur Sofea Haton disedari oleh bapanya pada pukul 7 malam selepas mendapati remaja tersebut tiada di rumah. Pemeriksaan mendapati remaja itu keluar membawa beg pakaian selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN