fbpx
AZRI mengakui persaingan merebut kedudukan penjaga gawang No. 1 negara berlangsung sengit menjelang aksi menentang Vietnam. - FB MALAYSIA NT

Posisi penjaga gawang jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya boleh dianggap pasukan yang bertuah kerana memiliki ‘tembok kebal’ apabila dibarisi penjaga gol terbaik dalam pentas Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Selain Ahmad Syihan Hazmi yang sering diberikan ruang, kedudukan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu nyata belum selamat kerana Harimau Malaya kini turut dibarisi dua lagi bintang berpengalaman iaitu Azri Ghani dan Haziq Nadzli.

Perkembangan ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan secara tidak langsung akan menjadikan pasukan bertambah baik sebelum berdepan misi pulih maruah menentang Vietnam pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia, esok.

“Bagi saya dalam setiap pekerjaan ada risiko dan bagi kami sebagai penjaga gol, kami bersaing dengan cukup sihat bagi tunjuk kualiti kami masing-masing. Saya harap dengan kualiti pemain yang kita ada sekarang, kita dapat bersaing dengan.

“Saya harap (persaingan antara penjaga gol) dapat memberi satu kelebihan untuk pasukan negara dan dapat bawa balik tiga mata untuk pasukan negara,” kata Azri.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan sebelum ini, pengendali kebangsaan, Peter Cklamovski juga memanggil penjaga gol skuad B-23 iaitu Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa yang diletakkan di bawah program Pembangunan Penjaga Gol.

Bagaimanapun Azri menjelaskan tiada perseteruan peribadi antara penjaga gol dan persaingan bukan menjurus kepada siapa yang akan bermain sebaliknya kepentingan pasukan wajar menjadi keutamaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN