fbpx
ENRIQUE bakal mengakhiri kontraknya di PSG pada musim panas nanti dan belum memutuskan masa depan kariernya. - AFP

Luis Enrique minat ke Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique dilapor berminat untuk mengembangkan kariernya dan mencari cabaran baharu di Liga Perdana Inggeris ketika kontraknya bersama juara Ligue 1 itu bakal tamat pada saingan musim depan.

Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United merupakan salah sebuah pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat pengendali dari Sepanyol itu bagi mengisi posisi sebagai pengurus.

Ketika ini, Michael Carrick menggalas tanggungjawab sebagai pengurus sementara, namun belum ada tanda-tanda United akan melantiknya secara tetap biarpun sudah berjaya mengubah situasi di Old Trafford.

Bagaimanapun, PSG dikatakan bakal mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bersama Enrique berhubung tawaran kontrak baharu bagi memastikan beliau terus mengemudi pasukan tersebut.

Tambah sukar buat United, bekas pengendali Barcelona itu dikatakan hanya akan menerima tawaran daripada Manchester City sekiranya beliau memilih beralih angin ke saingan EPL bagi menggantikan Pep Guardiola.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan EPLkerana saya memang berhasrat untuk bekerja di sana. Bagaimanapun, ia mestilah pasukan yang mampu untuk mencabar kejohanan-kejohanan penting,” kata Enrique.

Difahamkan, beliau ketika ini sedang menunggu sama ada Guardiola akan menyambung kontraknya ataupun tidak sebaik sahaja kontrak sedia tamat pada penghujung saingan 2027. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN