PETALING JAYA – “Yang dah kahwin. Penting ke isteri cantik?.”
Itu persoalan yang dikemukakan oleh seorang lelaki secara umum yang ingin mengetahui apakah penting memilih wanita yang cantik untuk dijadikan isteri.
Menggunakan profil @Encik.tarannum di media sosial, dia mengharapkan pandangan jujur tentang perkara itu daripada golongan lelaki yang bergelar suami.
“Ke lepas kahwin kau orang dah tak tengok cantik tu,” soalnya lagi.
Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai khususnya kaum lelaki yang meninggalkan pelbagai komen.
“Lepas kahwin baru sedar, tenang tu lebih penting daripada cantik,” ujar @Kembojaindah.
“Cantik tu memang bonus, tak dinafikan. Tapi hakikatnya, rupa cuma indah di mata dan mata manusia ni mudah berubah,” komen @Raulaziz.
“Lelaki yang kata tak pandang rupa cantik ni kau orang borak je kan,” kata @Amirmoks. – KOSMO! ONLINE














