fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh ustaz Fauwaz Fazil di laman Facebook.

Dimaki antara pengalaman paling ‘menarik’ Fauwaz Fadzil bergelar mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berdepan cacian dan makian pelbagai pihak disifatkan antara pengalaman paling ‘menarik’ sepanjang menyandang amanah sebagai Mufti Wilayah Persekutuan,

Fauwaz Fadzil menerusi perkongsian di Facebook berkata, walaupun berdepan kecaman, pengalaman itu mengajar beliau menjadi lebih kuat dari segi mental dan emosi selain membuka ruang untuk memahami keadaan sebahagian masyarakat.

“Ia mengajar saya menjadi kuat dan dapat memahami perasaan sebahagian masyarakat yang tidak sihat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan jiwa segelintir masyarakat yang disifatkan sebagai bermasalah.

Tambahnya, didikan daripada al-Quran menjadi panduan utama untuk terus bersabar dan memaafkan, termasuk terhadap individu yang melemparkan kata-kata kesat.

“Alhamdulillah saya diajar oleh al-Quran sentiasa memaafkan orang yang memaki walaupun mereka tidak memohon maaf kerana saya sayangkan umat Islam,” ujarnya.

Beliau menegaskan musuh sebenar bukanlah individu yang mencaci, sebaliknya golongan yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

Dalam pada itu, beliau mengambil pendekatan ‘menghalalkan’ segala cercaan yang diterima sebagai satu bentuk keikhlasan dalam menyampaikan ilmu.

Menurutnya, setiap kritikan yang diterima merupakan sebahagian daripada cabaran dalam usaha menegakkan kebenaran.

Mengakhiri perkongsian, beliau mengajak orang ramai untuk mengamalkan sikap saling memaafkan demi keharmonian masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN