fbpx
Nur Nadia ketika ditemui hari ini.

‘Hukuman tidak memadai, suami saya sudah hilang nyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – “Hukuman penjara maksimum 15 tahun sekali pun tidak memadai, suami saya sudah hilang nyawa.”

Demikian kata Nur Nadia Abdul Majid, 32, balu kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pagi semalam.

Menurut Nur Nadia, dia bukan sahaja kehilangan suami, bahkan mereka empat beranak hilang tempat bergantung.

“Saya baru bekerja sambilan sejak dua bulan lalu di sebuah syarikat kurier kerana mahu membantu suami. Sekarang saya hanya fikir tentang anak-anak. Saya mahu mereka membesar dan bersekolah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, Allahyarham Amirul Hafiz selalu berpesan seolah-olah sudah mempunyai perancangan sekiranya berlaku sesuatu ke atas lelaki itu.

“Saya selalu cakap kepada suami, saya tengok orang lain kehilangan suami sedangkan anak-anak masih kecil, kalau perkara sama terjadi kepada saya macam mana? Saya tidak sanggup, tak tahu nak hadap situasi seperti itu.

“Dia (arwah) cakap dengan tenang ‘Mama jangan risau, kalau terjadi apa-apa, mama balik kampung, rumah ini (di Shah Alam) sewa’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN