fbpx
Jingyi membawa beg plastik berwarna kuning ketika Festival Filem Antarabangsa Beijing 2025. - X/yuyicious, diagold12

Aktres popular nafi bawa beg ‘Balenciaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Aktres China, Zhang Jingyi tampil menjelaskan bahawa beg plastik warna kuning yang dibawa olehnya dalam satu majlis baru-baru ini bukan jenama mewah, lapor laman berita NDTV.

Jingyi berkata, beg itu sebaliknya peralatan dalam filem terbaharunya, The One. Ia melambangkan komunikasi unik watak dibawa Jingyi dengan ibu bapanya yang cacat pendengaran.

Jingyi menjadi sensasi apabila klip  video dia memegang beg plastik itu pada Festival Filem Antarabangsa Beijing 2025 itu menjadi tular di media sosial.

Beg itu disalah anggap sebagai barang mewah, dengan sesetengah pihak menyamakannya  dengan beg plastik ‘Trash Bag’ Balenciaga berharga AS$1,790 (RM7,200).

Pengguna media sosial pula memberikan reaksi berbeza  dengan ada yang bergurau tentang persamaan begnya dengan beg pasar, manakala sebilangan netizen melihatnya sebagai pernyataan fesyen yang berani.

Dalam salah satu catatan di platform Reddit, seorang pengguna menulis: “Fesyen telah menjual versi mahal barangan murah selama beberapa dekad.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN