fbpx
STATUS perkahwinan tiga pasangan selebriti ini, Zizi dan Yusuf, Julia Fahana dan suami serta Fikry Ibrahim bersama isteri kini menjadi tanda tanya ramai.

Zizi Kirana, Fikry Ibrahim, Julia Fahana okey ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANJANG musim perayaan yang baru sahaja memasuki minggu kedua ini, banyak betul cerita tak seronok tentang rumah tangga artis Malaysia singgah di telinga Diva.

Walaupun orang sibuk beraya, status rumah tangga beberapa pasangan selebriti hangat menjadi bualan netizen.

Antaranya, pastilah pasangan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin yang dikatakan beraya berasingan sehingga ada yang mendakwa sudah berpisah tetapi tidak umumkan secara rasmi.

Itu hanya dakwaan tapi tak pastilah kalau memang benar, cuma tuan badan sahaja perlu jelaskan semua persoalan tersebut.

Kemudian, Diva lihat Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan juga sudah lama tak berkongsi foto bersama, raya kali ini juga tiada.

Pelik juga, kemudian mereka juga tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing. Memang banyak betul tanda tanya.

Dalam masa sama, Julia Fahana Marin dan Dr. Che Muhammad juga menjadi bualan ramai apabila mereka juga dilihat beraya berasingan.

Letih juga Diva jadi kaunter pertanyaan, hanya mereka saja ada jawapan. Jadi, lebih baik jelaskan sebab terlalu banyak fitnah bertebaran ketika ini, tak elok.

DIVA: Sharifah Aleeya sindir siapa tentang pemusnah rumah tangga dan tidak bayar nafkah? Sabarlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN