fbpx
Tangkap layar video kemalangan tersebut yang tular di laman Facebook.

Penunggang motosikal maut tercampak atas bumbung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berbahaya sebuah kereta memotong di garisan berkembar mengundang tragedi yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Bunga Raya Barat, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu tular di laman Facebook menerusi rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar mangsa.

Perlanggaran kuat menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tercampak ke udara sebelum terjatuh di atas bumbung sebuah kereta lain berhampiran lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN