fbpx
Lori yang terbakar dipandu ke balai bomba. - X

Pemandu bawa lori terbakar ke balai bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Seorang pemandu lori di Jepun mengundang perhatian orang ramai apabila memandu kenderaannya yang terbakar ke sebuah balai bomba untuk memadamkan api, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku di bandar Kumamoto, pulau Kyushu baru-baru ini. 

Beberapa panggilan kecemasan dibuat sekitar pukul 9.50 malam (waktu tempatan) untuk melaporkan tentang sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan terbakar di bandar tersebut. 

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @WRS1493314 menunjukkan lori tersebut melalui jalan raya, dengan bahagian belakangnya dipenuhi api serta asap sehingga mengejutkan pemandu-pemandu lain. 

Selepas tiba di destinasi yang dituju, anggota bomba berpusu-pusu memadamkan kebakaran.

Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 70-an, manakala api berjaya dipadamkan kira-kira sejam selepas laporan diterima, demikian menurut jabatan bomba tempatan. 

Warga emas itu berkata, dia menyedari asap di belakang lorinya semasa memandu di tengah bandar. 

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN