PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya yang melancong ke Jepun dinasihatkan supaya tidak menyebut perkataan ‘mangkuk’ dan cincin di negara matahari terbit itu.
Ini kerana dakwa seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Akok Cina Kelantan, kedua-dua perkataan itu adalah sangat sensitif kepada masyarakat Jepun.
“Kalau di Jepun ada dua perkataan tak boleh sebut dalam bahasa Melayu, iaitu cincin dan satu lagi mangkuk. Kedua-dua perkataan ini adalah ‘perkataan kasar’ bagi orang Jepun,” pesan pempengaruh itu.
Difahamkan, kedua-dua perkataan itu dianggap kurang sopan untuk disebut kerana ia merujuk kepada alat kemaluan bagi lelaki dan wanita dalam bahasa Jepun.
Menjengah ke ruangan komen seorang pengguna dikenali sebagai Jimmy Azhar Marujil telah berkongsi maksud kedua-dua perkataan yang dianggap ‘kasar’ itu.
“Cincin hampir sama sebutan Jepun (chinchin) yang bermaksud, alat sulit lelaki,
“Mangkuk hampir sama sebutan (manko) yang membawa maksud alat sulit wanita,”tulismya.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Yong Zee Han.
“Dua perkataan tu kurang enak didengar sebab berunsur lucah (kemaluan lelaki dan perempuan),” katanya. – KOSMO! ONLINE














