fbpx
Gambar hiasan.

Hujan ‘rahmat’ terus basahi Kedah, Perlis malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang kini sedang melanda lima lokasi yang berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) cuaca panas membabitkan negeri Perlis termasuk empat lokasi di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka sehingga pukul 1 pagi nanti di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dan Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).

“Turut terkesan adalah di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian), Sarawak: Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod),” menurut laporan itu.

Terdahulu, MetMalaysia melalui hantaran di media sosial pada pukul 4 petang melaporkan, terdapat 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu suhu maksimum harian 35 sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Kawasan tersebut melibatkan Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling (Kedah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN