PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan buah negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak hingga pukul 6:00 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk ini dijangka berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Turut terjejas adalah beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor dan Gombak), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).
“Di Johor, kawasan yang terlibat adalah Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” lapor MetMalaysia.
Sementara itu di Sarawak, amaran merangkumi kawasan Kuching, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Limbang.
Bagi Sabah pula, kawasan yang terjejas melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














