fbpx
Penunjuk perasaan memegang kanvas mengandungi kata-kata pembukaan Mukadimah Perlembagaan AS ketika berarak di Bandar Raya New York semalam. - AFP

8 juta orang sertai protes tolak pentadbiran Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam bagi menentang Presiden Donald Trump, dengan melepaskan kemarahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai gaya pemerintahan autoritarian, dasar imigresen yang keras dan perang dengan Iran.

Penganjur berkata, sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil. 

Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang setahun rakyat Amerika turun ke jalanan, sebagai sebahagian daripada gerakan akar umbi dipanggil ‘No Kings’.

Di New York, puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun, manakala protes juga berlaku dari Atlanta ke San Diego, negeri California, dengan penduduk Alaska turut menyertai perhimpunan tersebut kemudian.

“Tiada negara yang boleh memerintah tanpa persetujuan rakyat,” kata veteran tentera berusia 36 tahun, Marc McCaughey kepada AFP di Atlanta.

“Kami berada di sini kerana kami merasakan Perlembagaan terancam dalam pelbagai cara. Keadaan tidak normal. Keadaan tidak baik,” tambahnya.

Di bandar West Bloomfield, negeri Michigan, orang ramai keluar ke jalanan ketika suhu di bawah paras beku.

Di ibu negara AS, Washington, beribu-ribu penunjuk perasaan, dengan ada yang membawa sepanduk bertulis ‘Trump Mesti Berundur Sekarang’ dan ‘Lawan Fasisme’ berpusu-pusu ke National Mall.

“Trump terus berbohong, berbohong, berbohong dan berbohong, namun tiada siapa yang berkata apa-apa. Jadi, situasi yang kami hadapi sangat teruk,” kata pesara berusia 67 tahun, Robert Pavosevich, kepada AFP.

Suasana anti-Trump turut melangkaui sempadan AS, dengan perhimpunan semalam juga berlaku di bandar-bandar Eropah termasuk Amsterdam, Madrid dan Rom, di mana 20,000 orang berarak di bawah kehadiran polis yang ramai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN