fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yag dimuat naik oleh @Azrul San176 di laman TikTok.

[VIDEO] ‘Kering betul Perlis, dah macam Afrika’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu video tular di laman TikTok memaparkan dua lelaki berseloroh mengenai keadaan persekitaran yang kering kontang dipercayai dirakam di Perlis.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna @Azrul San176, dia meluahkan rasa terkejut melihat kawasan ladang yang kelihatan gersang.

“Mana ladang bunganya? Kering semuanya. Saya tengok dah macam di Afrika,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Baru balik dari Perlis. Jujur cakap walaupun cuaca panas kering, pemandangannya memang terbaik walaupun hanya bukit dan pokok,” kata @Zalika Yasir.

“Air paip di sini memang panas nak mandi pun tergedik-gedik tahan, mujur tak melecur, kalau nak sejuk kena takung air baru la ok,” komen @Ms.MSA

“Produksi filem yang nak jimat duit bolehlah ambil peluang ni buat filem latar Afrika tapi shooting kat Perlis je,” seloroh @Illifadli – KOSMO! ONLINE

@azrulsxnDaun keghing sesaja

♬ original sound – Azrul San176

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN