PETALING JAYA – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan mengadakan majlis pertunangan bersama pelakon juga penyanyi, Bella Astillah petang ini.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, Datuk Seri Anwar mengingatkan pasangan itu supaya tidak lupa menjemputnya pada majlis pernikahan nanti.
“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,”tulis Perdana Menteri.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal melangsungkan pertunangan hari ini.
Syed Saddiq, 33, menerusi satu perkongsian media sosial mengakui, secara peribadi sudah pun melamar ibu tunggal anak dua itu ketika sama-sama mendaki Gunung Kinabalu, Sabah baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE














